Ketua Cabang Ampang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
AGENDANASIONAL

Altimet percaya RS-1 dapat atasi masalah kenaikan harga barang

AMPANG JAYA, 17 SEPT: Penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet percaya pelan lima tahun negeri, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata ketika ini Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan jangka pendek bagi mengurangkan beban rakyat menerusi Jualan Ehsan Rakyat (JER).

“Masalah harga barang ini membabitkan keselamatan makanan apabila tidak mencukupi atau ada masalah diperingkat saluran secara tidak langsung memberi kesan pada harga barang.

“Jadi apabila RS-1 diperkenal, kita dapat lihat pelan pembangunan keselamatan makanan di beberapa kawasan seperti di utara, selatan dapat mengatasi masalah ini

“Menerusi RS-1 juga saya percaya dapat menaikan pendapatan isi rumah menerusi beberapa program yang telah dirangka,” katanya.

Terdahulu, Altimet yang juga ketua cabang Parti Keadilan Rakyat Ampang meninjau program JER di Taman Ampang Indah di sini, hari ini.

Orang ramai membeli barangan keperluan harian ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Lembah Jaya di Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 17 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Membangunkan tanaman bernilai tinggi menggunakan teknologi antara strategi Kerajaan Negeri bawah inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) yang terangkum dalam RS-1.

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, pembangunan berkeluasan 1,317 hektar dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion dianggar memberi pulangan hasil RM248 juta setahun.

Beliau menjelaskan usaha merangsang ekonomi di daerah itu juga mampu mewujudkan 3,600 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Pengarang :