SHAH ALAM, 24 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor hingga 1 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda Putrajaya, Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim) serta Sabah (Telupid dan Sandakan).
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih