Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Individu alami tekanan disaran kongsi masalah, hubungi talian Sehat

SHAH ALAM, 24 OKT: Individu mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan disaran menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata individu yang berdepan masalah tersebut dinasihat tidak mengambil mudah kerana ia kemungkinan tanda gangguan kesihatan mental.

“Kemurungan merupakan satu kecelaruan emosi yang memerlukan rawatan dan terapi. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.

“Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jangan ambil mudah! Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah,” katanya di Facebook.

Beliau berkata kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.


Pengarang :