Sekitar program Disaster Management Exercise (DMEx) anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhampiran Madrasah Darul Faizin, Kampung Lubuk Kelubi, Hulu Langat pada 27 Oktober 2022. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

Hadapi banjir, MPKj anjur latihan urus bencana

SHAH ALAM, 29 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) mengajurkan latihan pengurusan bencana di Hulu Langat Khamis lalu.

Sekitar program Disaster Management Exercise (DMEx) anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhampiran Madrasah Darul Faizin, Kampung Lubuk Kelubi, Hulu Langat pada 27 Oktober 2022. Foto Facebook MPKj

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program Disaster Management Exercise (DMEx) dijalankan sebagai persiapan menghadapi musim banjir di daerah tersebut.

Acara yang bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang berhampiran Madrasah Darul Faizin, Kampung Lubuk Kelubi melibatkan lapan anggota Pantas.

Pihak yang turut terlibat ialah Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)

Selain itu, Pejabat Kesihatan Hulu Langat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), wakil badan bukan kerajaan (NGO), penduduk kampung dan agensi berkaitan.


Pengarang :