Kakitangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyusun barangan jualan ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 18 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lori jualan murah PKPS singgah ke sembilan lagi lokasi esok

SHAH ALAM, 10 OKT: Lori program jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER) ke sembilan lagi lokasi esok dengan membawa barangan keperluan harian pada harga murah.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu membawa enam barangan antaranya ayam dan telur.

Menerusi program itu, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Berikut senarai lokasi lori JER mengikut Dewan Undangan Negeri:

-Pekarangan Dewan Dato Muhd Fauzi, Pasir Panjang (DUN Sungai Panjang)
-Dewan MDKS Desa Coalfields (DUN Jeram)
-Jalan Indah, Taman Cheras Indah (DUN Pandan Indah)
-Taman Muda Belakang Petron (DUN Teratai)
-Parkir Jalan Awana 14, Taman Cheras Utama (DUN Dusun Tua)
-Pekarangan Surau Al-Asmah, Taman Jerlok Kajang (DUN Kajang)
-Taman Kasturi (DUN Balakong)
-LRT Car Park Taman Bahagia (DUN Kampung Tunku)
-Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera (DUN Sungai Kandis)

 


Pengarang :