Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan cek cura tajaan kontijen Negeri Selangor ke kejohanan sukan Para Sukma Malaysia berjumlah RM 50,000 kepada Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Selangor Shahidon Hanafiah ketika majlis Perasmian Penyerahan Bendera Kontijen Para Sukma Selangor 2022 di Hotel Nexus Regency, Shah Alam pada 21 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI sumbang RM50,000 kepada kontinjen Sukan Para SUKMA Selangor

SHAH ALAM, 21 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM50,000 kepada atlet orang kelainan upaya (OKU) dalam Sukan Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan berkenaan merupakan kali pertama membabitkan sebuah kontinjen sukan.

“Atas semangat membantu atlet OKU Selangor dan sokongan baik Dato’ Menteri Besar, MBI berbesar hati hulurkan sumbangan untuk tampung kos kontinjen kita dalam kejohanan itu nanti.

“Sebelum ini MBI beri sumbangan secara individu seperti bekas atlet OKU yang menghadapi kesukaran dan pemain bola sepak OKU tetapi secara kontinjen ini kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penyerahan Bendera Kontinjen Sukan Para SUKMA ke-20 Negeri Selangor di Nexus Regency Suites & Hotel di sini, hari ini.

Walaupun menyasarkan tempat keenam dengan 76 pingat namun Ahmad Azri yakin kontinjen Selangor mampu meraih lebih daripada yang dijangka.

Terdahulu Ahmad Azri menyerahkan cek cura kepada Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU (Pesron) Negeri Selangor, Shahidon Hanafiah.


Pengarang :