Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Klang membantu memindahkan mangsa banjir kilat di Kampung Johan Setia, Klang pada 9 November 2022, Foto Facebook Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Klang
AGENDANASIONAL

43 keluarga terjejas banjir di Klang dipindah ke PPS

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Klang selepas hujan lebat petang semalam.

Laman sesawang Info Bencana JKM memaparkan seramai 187 mangsa dipindahkan melibatkan 141 dewasa 45 kanak-kanak dan seorang bayi setakat pagi ini.

Semalam, Bernama melaporkan 200 rumah di Kampung Johan Setia terjejas akibat kejadian banjir kilat sekitar pukul 6 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata berdasarkan laporan awal, paras air di beberapa tempat di kawasan berkenaan mencecah sehingga lebih setengah meter susulan hujan lebat pada sebelah petangnya, namun beberapa jam kemudian paras air semakin beransur surut.

Bagaimanapun menurut Norazam Khamis operasi pemindahan mangsa masih diteruskan dengan seramai 30 mangsa dari lapan buah rumah dipindahkan ke PPS berkenaan.

 


Pengarang :