AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 21 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi tersebut memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka serta Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah meliputi beberapa kawasan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :