Bacaan ikrar penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 9 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Bantuan khas dua bulan setengah gaji, termasuk ketika Aidilfitri

SHAH ALAM, 25 NOV: Penjawat awam menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah tahun ini, termasuk satu bulan dibayar pada 29 Disember ini dan setengah bulan lagi pada Februari 2023.

Jumlah dua bulan setengah ini termasuk BKK sebanyak sebulan gaji yang sudah selesai dibayar menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan insentif kali kedua tahun ini, atau bayaran sekurang-kurangnya RM1,000, membabitkan implikasi kewangan RM37.63 juta.

BKK kali ketiga, atau minimum RM1,000 pula, akan dibayar bagi meringankan beban penjawat awam menampung persiapan sekolah anak-anak.

“Untuk menghargai khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri kekal efisien dan berkesan, sukacitanya saya mengumumkan BKK kepada semua anggota berkelayakan.

“(Ini termasuk) anggota yang anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Tambahnya, pemberian BKK ini diberi berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan seperti garis panduan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.


Pengarang :