Kerajaan Negeri menyediakan 20 Bas Smart Selangor bagi membantu ribuan pengguna berikutan gangguan sistem perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. Perkhidmatan berkenaan sudah bermula di beberapa lokasi utama pada 10 November 2022. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bas Smart Selangor mula perkhidmatan di lokasi utama bantu pengguna LRT

SHAH ALAM, 10 NOV: Bas Smart Selangor memulakan perkhidmatannya lokasi utama bagi meringankan beban pengguna berikutan gangguan sistem perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Dato’ Menteri Besar berkata ia selaras dengan pengumuman Kerajaan Negeri semalam yang menyediakan 20 bas bagi menampung keperluan orang ramai selepas operasi 16 stesen ditutup.

“Selaras dengan pengumuman semalam di mana Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 20 buah bas utk membantu meringankan beban pengguna LRT, pagi ini telah memulakan perkhidmatan di beberapa buah lokasi utama,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Kerajaan Negeri menyediakan 20 Bas Smart Selangor bagi membantu ribuan pengguna berikutan gangguan sistem perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. Perkhidmatan berkenaan sudah bermula di beberapa lokasi utama pada 10 November 2022. Foto Facebook Amirudin Shari

Semalam, beliau menjelaskan perkhidmatan tambahan itu diselaras dengan bas perantara disediakan RapidKL bagi mengelak gangguan jadual.

Sebelum ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari mulai semalam susulan sistem kawalan tren automatik yang tidak stabil.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.


Pengarang :