Timbalan Speaker yang baharu, Hasnul Baharuddin ketika sesi perbahasan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Belanjawan Selangor 2023 seimbang, tidak lebih tidak kurang

SHAH ALAM, 27 NOV: Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyifatkan Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan baru-baru ini bersifat seimbang.

Hasnul Baharuddin berkata perkara itu dapat dilihat menerusi sumbangan terhadap perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang sama rata dan tidak berat sebelah.

“Di Selangor kita seimbang tiada lebih tiada kurang, ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri prihatin dalam semua perkara dan tidak meminggirkan mana-mana golongan,” katanya ketika dihubungi.

Hasnul yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib turut memuji Kerajaan Negeri yang sentiasa memperkasa pembangunan Islam dengan melaksanakan pelbagai inisiatif.

“Walaupun ditohmah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lepas kononnya kerajaan Pakatan Harapan tidak pedulikan Islam, ini sama sekali menyangkal tuduhan itu.

“Ini kerana banyak tumpuan diberikan bagi pembangunan Islam dan pada masa sama tidak meninggalkan kebajikan kaum lain,” katanya.

Jumaat lepas, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan 2023 memaklumkan Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.45 bilion sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.


Pengarang :