Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Halim menziarahi sebuah keluarga ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Delek, Klang pada 17 November 2022. Foto ihsan ABDULLAH SANI ABDUL HALIM
AGENDANASIONALSELANGOR

Calon HARAPAN Kapar ziarah mangsa banjir kilat di Kampung Delek

Oleh ABDUL RAHIM SABRI

KAPAR, 17 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kapar membatal program kempen pilihan raya umum ke-15 untuk menziarahi mangsa banjir kilat di Kampung Delek di sini pagi ini.

Penyandang kerusi berkenaan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid melawat 10 keluarga di kampung itu berikutan rumah mereka digenangi air kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, banjir surut menjelang pagi ini dan tiada mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara.

“Beberapa program asal yang dijadual pada sebelah pagi pula dibatal,” kata seorang pegawai di pejabat khidmat ahli parlimen di sini.

Abdullah Sani sepatutnya mengadakan lawatan di pasar Cina di Pekan Kapar dan menziarahi mangsa banjir di Taman Dato’ Bandar di Meru. Beliau dijangka meneruskan program yang disusun pada sebelah petang.

Beliau dicabar enam calon lain iaitu Dr Halimah Ali dari Perikatan Nasional, Dr Daroyah Alwi (Parti Bangsa Malaysia) dan Muhammad Noor Azman (Barisan Nasional).


Pengarang :