EXCO Perumahan Rodziah Ismail bergambar bersama penerima kunci Rumah Selangorku di Taman Alam Suria, Jeram, Kuala Selangor pada 10 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sedia 15 peratus pendahuluan beli rumah mampu milik, manfaat 4,000 pembeli

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM100 juta diperuntuk sebagai dana pinjaman bawah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor bagi memastikan matlamat pemilikan kediaman dicapai dengan lebih berkesan khusus pembeli pertama.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan itu dijadual dibuka seawal suku kedua tahun depan dijangka memanfaatkan kira-kira 4,000 pemohon untuk memiliki rumah mampu milik.

Katanya, skim itu mengatasi masalah bakal pembeli yang berdepan isu bayaran pendahuluan atau deposit, beban hutang sedia ada yang tidak teratur, kos membeli perabot asas, kos setem duti dan guaman serta kos sewa rumah.

Justeru, Amirudin dalam pembentangan Belanjawan 2023 menjelaskan Kerajaan Selangor mengambil tindakan berikut:

  • Sedia 10 hingga 15 peratus wang pendahuluan bagi pemilikan rumah mampu milik Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Pembiayaan patuh syariah
  • Bayaran bulanan yang tidak membebankan untuk tempoh lima hingga 10 tahun
  • Pembayaran balik yang bersifat fleksibel jika membuat penyelesaian awal pembiayaan
  • Perkhidmatan untuk pelanggan dipermudah menerusi portal laman sesawang pusat sehenti selain khidmat nasihat kewangan

Pengarang :