SHAH ALAM, 23 DIS: Piala Dunia 2022 melabuhkan tirai pada 18 Disember dengan Argentina melakar kejuaraan ketiga selepas menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti.
Perlawanan akhir edisi ke-22 dianggap paling dramatik apabila Perancis dua kali bangkit dan mengikat Argentina 3-3 selepas masa tambahan.
Maghribi pula mencatat sejarah apabila muncul pasukan benua Afrika pertama layak ke separuh akhir sebelum tumpas di tangan Perancis 0-2. Croatia pula tempat ketiga selepas menewaskan Maghribi 2-1.
Wartawan NAZLI IBRAHIM menyusun fakta menarik dalam kejohanan yang berlangsung di Qatar.
Anugerah individu
■ penjaring terbanyak: Kylian Mbappe 8 gol (Perancis)
■ pemain terbaik: Lionel Messi (Argentina)
■ penjaga gol terbaik: Emiliano Martinez (Argentina)
■ pemain muda terbaik: Enzo Fernandez (Argentina)
■ FIFA fair play (permainan paling bersih): England
Pasukan perlawanan akhir
■ Brazil pegang rekod sebanyak tujuh kali (lima kali juara)
■ Perancis empat kali (dua kali juara)
■ Argentina lima kali (tiga kali juara)
Jaringan
■ 172 gol dalam 64 perlawanan (purata 2.68 gol), terbanyak sepanjang penganjuran
■ rekod sebelum ini: 171 gol (Perancis 1998 dan Brazil 2014)
■ Perancis mencatat jaringan terbanyak dengan 16 gol, diikuti Argentina 15 gol
■ ketiga terbanyak, England (13 gol) dan keempat Portugal (12 gol)
■ kemenangan terbesar: Sepanyol lawan Costa Rica (7-0)
■ pasukan jaringan paling sedikit: Qatar, Wales dan Denmark (satu gol)
■ gawang paling banyak bolos: Costa Rica (11 kali)
■ pasukan tewas semua perlawanan: Qatar dan Kanada
Hatrik perlawanan akhir
■ selepas 56 tahun, Mbappe pemain kedua catat hatrik
■ hatrik pertama dilakukan pemain England Geoff Hurst pada edisi 1966 menentang Jerman Barat (England menang 4-2)
■ hatrik Mbappe merupakan kali ke-53 dalam Piala Dunia dan pemain ke-50 melakukannya
■ selain Mbappe, hatrik pertama dihasilkan pemain Portugal Goncalo Ramos ketika menentang Switzerland pada pusingan kalah-mati
Penjaring dua gol perlawanan akhir
■ Messi pemain kesembilan menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir
■ rekod sama dilakar Ronaldo (Brazil – 2002), Zinedine Zidane (Perancis – 1998), Mario Kempes (Argentina -1978), Pele (Brazil – 1958), Vava (Brazil – 1958), Helmut Rahn (Jerman Barat – 1954), Gino Colaussi (Italy – 1938) dan Silvio Piola (Italy – 1938)
Kuasa Asia
■ Jepun mara ke pusingan kalah-mati selepas menjuarai kumpulan E, mengatasi Sepanyol, Jerman dan Costa Rica
■ Korea Selatan ke pusingan kalah-mati apabila menduduki tangga kedua kumpulan H
■ kemenangan bermakna pasukan Asia:
Arab Saudi 2-1 Argentina
Jepun 2-1 Jerman
Iran 2-0 Wales
Jepun 2-1 Sepanyol
Korea Selatan 2-1 Portugal