Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR
SHAH ALAM, 9 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Worldwide Holdings Berhad dan Dynac Sdn Bhd.
Perjanjian berkenaan berkaitan kerjasama membangunkan projek bekalan kuasa untuk Cyberjaya yang menumpu kepada bahan api bersih dan produk teknologi hijau.
Kerjasama tersebut akan melaksanakan pembangunan projek penjanaan tenaga berskala kecil dan inisiatif tenaga baharu untuk Cyberjaya.
Projek itu dijangka bermula pertengahan tahun depan selaras tiga objektif utama program Smart Selangor iaitu kebolehhunian, produktiviti ekonomi dan kelestarian alam sekitar.
Worldwide Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datin Paduka Norazlina Zakaria manakala Dynac Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Md Jasman Bongkek.