Orang ramai membayar saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dekat Ayer Keroh pada 15 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Polis Selangor tawar diskaun 50 peratus saman trafik pada 20 dan 21 Disember

SHAH ALAM, 15 DIS: Polis Selangor menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas pada 20 dan 21 Disember ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan pembayaran boleh dilakukan di semua kaunter trafik seluruh negeri dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.

“Bagaimanapun, pengurangan tidak diberikan kepada saman kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus Op Selamat dan bicara mahkamah.

“Selain itu berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q, guna lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan ubahsuai ekzos,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan sinarharian.com.my.

Difahamkan, transaksi dalam talian tidak disediakan bagi tawaran pengurangan berkenaan dan orang awam yang berminat boleh membuat pembayaran dan semakan di kaunter trafik secara fizikal di seluruh Selangor.


Pengarang :