Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Azman Dahlan (kanan) menyaksikan akuan sumpah ahli majlis pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDSB Penggal 2023. Foto FACEBOOK MDSB
PBTSELANGOR

25 ahli majlis MDSB angkat sumpah, lapan adalah wanita

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) melantik 25 ahli majlis bagi penggal 2023 termasuk lima muka baharu, Selasa lalu.

Yang Dipertuanya Azman Dahlan berkata daripada jumlah itu lapan ahli majlis adalah wanita.

“Tahniah kepada semua ahli majlis yang dilantik, semoga pelantikan ini akan mencambahkan idea bernas dan sokongan yang padu kepada pengurusan dan pentadbiran MDSB.

“Saya harap kita semua dapat bekerjasama dalam satu pasukan dan bertanggungjawab memastikan perancangan MDSB dilaksanakan secara telus dan bekerja keras ke arah perbandaran yang mampan,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengumumkan seramai 272 ahli majlis 12 pihak berkuasa tempatan dilantik bagi penggal 2023.

Daripada jumlah itu, 28 peratus atau 76 pelantikan merupakan ahli majlis wanita.

 


Pengarang :