PBTSELANGOR

MPAJ sedia kaunter bergerak permudahkan bayaran cukai taksiran

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 Jan: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka kaunter bergerak pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini bagi memudahkan orang ramai membuat semakan dan membayar cukai taksiran.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kaunter tersebut akan dibuka bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Tarikh serta lokasi ialah pada 7 dan 8 Januari di pasar Taman Muda, pasar pagi Kuala Ampang (14 Januari) dan pasar pagi Taman Dato’ Ahmad Razali (28 Januari),” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat bayaran secara dalam talian dengan melayari pautan https://icomm.mpaj.gov.my atau memuat turun aplikasi icomm MPAJ.

MPAJ sebelum ini memaklumkan, pembayar cukai taksiran berpeluang menyertai program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran yang diteruskan pada tahun ini.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan setiap bulan bagi pemilik harta yang menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh dan menepati syarat penyertaan.


Pengarang :