Yang Dipertua Majilis Perbandaran Kajang (MPKj), Najmuddin Jemain bercakap kepada media ketika Program Semenyih Prihatin Sungai 2021 di Pekan Semenyih, Hula Langat pada 3 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKj sita, kompaun sembilan lori dalam operasi gempur lokasi sampah haram

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak sembilan lori disita dan dikompaun Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam operasi gempur lokasi pembuangan sampah haram setakat 26 Januari lalu,

Yang dipertuanya berkata semua lori tersebut melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap MPKj 2007.

“Operasi ini dijalankan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan berikutan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi tidak dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak sampah haram.

“Bagi bulan ini sembilan lori telah disita dan dikompaun. Antara lokasi sitaan ialah di Jalan Kuari Sungai Long Hulu Langat dan lapan lagi di lain-lain kawasan (tidak dijalankan secara komersial) dalam semua kawasan pentadbiran MPKj ,” kata Najmuddin Jemain ketika mesyuarat bulanan pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Pada Ogos tahun lalu, MPKj mengeluarkan 29 kompaun dalam operasi sama serta menyita 27 lori kerana melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar.

Tindakan itu dilakukan bagi menangani masalah tersebut sekali gus menguatkuasakan undang-undang ditetapkan.


Pengarang :