Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Hee Loy Sian bercakap kepada media selepas lawatan tapak bagi menyelesaikan isu lori kuari di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada 5 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor diyakini terus jadi destinasi pilihan pelancong tahun ini

KAJANG, 5 JAN: Selangor diyakini terus menjadi destinasi pilihan pelancong tempatan dan asing tahun ini meskipun pintu sempadan negara diketatkan bagi mengelak penularan Covid-19.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian juga yakin tatacara operasi piawai (SOP) yang diumumkan perdana menteri semalam bukan penghalang untuk pelancong datang ke negara ini khasnya Selangor.

“Walaupun semalam perdana menteri mengatakan SOP baharu untuk kemasukan pelancong luar negara lebih ketat termasuk dari China, saya rasa tidak akan halang pelancong ke Malaysia.

“SOP yang ketat kemungkinan merujuk kepada vaksinasi. Mereka yang lengkap vaksin akan boleh masuk ke Malaysia, atau sebelum masuk kena buat saringan. Pada saya ini (tatacara) biasa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang ditemui selepas meninjau isu kuari di jalan perumahan di Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.

Untuk rekod, Selangor merekodkan kehadiran 10.2 juta pelawat sebaik pintu sempadan negara dibuka pada 2021, tertinggi berbanding negeri lain.


Pengarang :