Penduduk di kawasan terjejas beratur mengambil bekalan air disediakan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Foto Facebook AIR SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor teruskan proses pulih bekalan air, capai 82 peratus

SHAH ALAM, 12 FEB: Bekalan air di kawasan terjejas apabila Logi Rawatan Air (PRA) dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang semalam mencapai tahap pulih 82 peratus sehingga 9 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Hulu Selangor kekal daerah tunggal pulih sepenuhnya diikuti Gombak dan Kuala Selangor masing-masing 99 peratus serta Klang dan Shah Alam (72 peratus).

Petaling pula meningkat kepada 83 peratus manakala Kuala Langat kekal belum pulih.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di lampiran berikut:

 


Pengarang :