AGENDANASIONAL

Amaran hujan di Gombak, Petaling, Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 10 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang. Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :