AGENDANASIONAL

Bekalan air di Hulu Selangor, Gombak, Petaling pulih, empat kawasan lagi disalur berperingkat

SHAH ALAM, 13 FEB: Status pemulihan bekalan air di semua kawasan terjejas susulan pencemaran di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang mencapai 89 peratus setakat 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Petaling pulih sepenuhnya manakala Kuala Selangor mencapai 99 peratus, Klang dan Shah Alam (83 peratus) serta Kuala Langat (belum pulih).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Air Selangor meminta pengguna yang telah mendapat bekalan air supaya menggunakan secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Kelmarin Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau tersebut dikenal pasti berpunca daripada tumpahan minyak aktiviti jentera berat (diesel) di keseluruhan lembangan Sungai Selangor.

Susulan itu, LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di lapan wilayah Air Selangor.

Berikut kawasan yang belum pulih:

 

 


Pengarang :