Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap larangan merokok di premis makanan dan akan mengambil tindakan secara tegas menerusi penguatkuasaan tersebut. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Duti eksais dikenakan untuk rokok elektronik

SHAH ALAM, 24 FEB: Duti eksais akan dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik (vape), kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, produk tersebut dijual secara berleluasa dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion meskipun ia tidak sah di sisi undang-undang.

“Kerajaan menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) dan bersetuju separuh hasil duti eksais ini diperuntuk semula kepada Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Beliau yang menambah usaha penguatkuasaan agensi kerajaan akan terus dipergiat bersama pihak industri bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi akibat penyeludupan diesel, arak dan rokok.


Pengarang :