Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ab Muneim Ibrahim memberi ceramah kepada peserta pada Forum Bual Bicara Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 22 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hampir 100 peserta sertai forum anti rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor

GOMBAK, 22 FEB: Kira-kira 100 peserta menghadiri Forum Anti Rasuah anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai di sini.

Wakil penganjur Maria Abdul Manaf berharap peserta dalam kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi dan penduduk setempat mendapat manfaat dari pengisian forum.

“Forum ini mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rasuah Busters dan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara).

“Kami berharap pengisian forum ini dapat memberi manfaat kepada semua hadirin,” katanya ketika ditemui Selangorkini hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ab Muneim Ibrahim memberi ceramah kepada orang ramai pada Forum Bual Bicara Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 22 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Forum bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ menampilkan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM  Ab Muneim Ibrahim dan Ketua Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters Norhayati Nordin selaku panelis serta Rosmawati Baharudin sebagai moderator.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan Kolej DRB-Hicom juga diberi ruang sebagai pempamer dalam program tersebut.


Pengarang :