Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada 21 Februari 2023 pada usia 83 tahun. Foto Facebook Real Madrid Fans
AGENDASUKANKINI

Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada usia 83 tahun

MADRID, 21 FEB: Legenda Real Madrid Amancio Amaro meninggal dunia pada pagi Selasa pada usia 83 tahun, lapor Xinhua.

Amancio menjaringkan 155 gol dalam 471 penampilan untuk kelab itu sebelum menggantung but pada 1976.

Beliau mewakili Sepanyol sebanyak 42 kali serta pernah memenangi Kejohanan Eropah pada tahun 1964 dan merupakan presiden kehormat di Real Madrid.

Selepas bersara, Amancio melatih pasukan B Real Madrid yang memenangi Divisyen Kedua Sepanyol pada 1984 dan melahirkan legenda kelab, seperti Emilio Butragueno, Manolo Sanchis dan Michel Gonzalez. – BERNAMA

 

 


Pengarang :