Sesi pelancaran program ‘Jelajah Kanser #66 PJ Sihat’ pada 18 Februari 2023. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ, sahabat motor anjur program saringan barah

SHAH ALAM, 19 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Sahabat Motor MBPJ Harley Owner Group Petaling Jaya bakal menganjurkan program saringan barah.

Orang ramai dipelawa berkunjung ke Jelajah Kanser #66 PJ Sihat bertempat di laman MBPJ pada 26 Februari ini kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan.

“Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut kerana pihak Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia akan menyediakan kemudahan saringan barah secara percuma.

“Manakala, Hospital Tun Hussein Onn pula akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata, KPJ bagi pemeriksaan tahap gula dalam darah dan Nestle pemeriksaan kolesterol,” kata MBPJ menerusi kenyataan.

Program tersebut juga akan dimeriahkan lagi dengan persembahan akrobatik motosikal dan pameran motorsikal berkuasa tinggi.

Himpunan pemilik motosikal Harley Davidson daripada pelbagai kelab di Selangor turut dipelawa bagi memeriahkan program pada hari berkenaan.


Pengarang :