Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada 22 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Tiga kes dera dilapor di pusat jagaan kanak-kanak antara 2020 hingga 2022

SHAH ALAM, 22 FEB: Sebanyak tiga kes penderaan dilapor berlaku di pusat jagaan kanak-kanak berdaftar sepanjang 2020 hingga tahun lepas.

Menteri Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata walaupun jumlah sedikit namun pihaknya tetap memandang serius kejadian berkenaan.

“Tiga kes penderaan di pusat jagaan kanak-kanak berbanding 1,248 buah premis yang berdaftar bawah Akta 506,” katanya di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Santubong memaklumkan antara usaha dilakukan bagi mengekang kes dera ialah memastikan pusat jagaan sentiasa mematuhi akta termasuk pemantauan dan pemeriksaan secara berkala dan mengejut.

“Langkah memperkasakan tindakan penguatkuasaan kepada pusat yang melanggar akta terus dilaksanakan. Kementerian juga mengadakan kempen kesedaran untuk masyarakat menjadi mata dan telinga jabatan.

“Selain itu, kementerian juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pusat jagaan yang tidak berdaftar,” katanya.


Pengarang :