Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Kerajaan Negeri mengumumkan penggunaan pelitup muka diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ terima 675 permohonan tapak bazar Ramadan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 FEB: Sebanyak 675 permohonan untuk lesen sementara tapak bazar Ramadan diterima Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sehingga 26 Januari lalu.

Yang Dipertua Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata 479 permohonan telah membuat bayaran bermula 16 Januari sehingga semalam dan memilih lokasi untuk berniaga.

“Antara lokasi bazar Ramadan yang menjadi pilihan ialah Padang Perbandaran MPAJ, Taman Melawati 1A, AU5 Keramat (TLK depan medan selera) dan Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa 2),” katanya dalam mesyuarat penuh MPAJ semalam.

Menurut beliau, jualan bazar Ramadan di kawasan MPAJ dijangka bermula pada 22 Mac ini di 938 petak melibatkan 16 lokasi.

“Bagi permit sementara bazar Ramadan berselerak pula lokasinya akan ditetapkan oleh MPAJ,” katanya.


Pengarang :