Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
AGENDAJENAYAH

Pegawai universiti ditahan, kes kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000

SHAH ALAM, 13 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 dan 2022.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan jam 4 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya aktiviti dan tuntutan yang dilakukan suspek tidak melibatkan kakitangan di bawah wanita itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman.

– BERNAMA


Pengarang :