Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan sumbangan persekolahan kepada anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada 11 Februari 2023. Foto Facebook YIDE
AGENSISELANGOR

PTPTN serah bantuan sekolah kepada anak yatim seliaan YIDE

SHAH ALAM, 19 FEB : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan sumbangan set kelengkapan sekolah kepada 100 anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE Md Arifin Jaafar berkata setiap anak yatim menerima set kelengkapan persekolahan bernilai RM150 seorang.

“Set kelengkapan persekolahan ini disediakan oleh asnaf terlatih di bawah seliaan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

“PTPTN adalah rakan strategik Korporat YIDE yang sentiasa memberi sokongan kepada kami dalam menyantuni anak yatim. Alhamdulillah dan terima kasih sumbangan diberikan,” katanya.

Pada masa sama, PTPTN turut menyerahkan 27 set peranti kepada kanak-kanak asnaf terpilih bagi memudahkan pembelajaran mereka kelak.

Terdahulu, penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Ahmadi, Rantau Panjang, Klang dan turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merangkap Nazir Masjid Ahmadi Salehan Md Yatim.


Pengarang :