Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, KL, Putrajaya dijangka ribut petir dan hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 11 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Negeri lain, Kedah melibatkan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Manakala Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Segamat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :