Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Taman Seri Ampang, Kampung Merbau Sempak antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 10 FEB : Program jualan barangan keperluan asas pada harga murah anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi ke sembilan tempat esok.

Jelajah Ehsan Rakyat kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di Masjid Kampung Klang Gate, DUN Hulu Kelang dan Dewan Orang Ramai Taman Seri Ampang (DUN Lembah Jaya).

Lokasi lain ialah di Lestari Putra, Surau Abu Bakar 4/2 (DUN Seri Serdang); Pangsapuri Impian Baiduri Blok A Seksyen 51A (DUN Taman Medan); Kampung Merbau Sempak (DUN Paya Jaras); Surau Al-Salam (DUN Kota Damansara).

Program sama turut berlangsung di Surau An-Nubuwwah, Taman Teluk Gedung Indah (DUN Pelabuhan Klang); Dataran Al-Ulum Kampung Bukit Bangkong dan Balairaya Kampung Hulu Teris (DUN Tanjung Sepat).

Program jualan murah menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :