Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Hulu Langat, Sepang hingga 6 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 23 MAC: Daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

Turut terlibat ialah Pahang (Jerantut), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat) selain daerah Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :