AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa lima daerah di Selangor, Putrajaya hingga 12 tengah hari

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama melanda Putrajaya dan Melaka selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata agensi itu menerusi kenyataan di Facebook.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :