EXCO Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Ir Izham Hashim bercakap kepada media ketika program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Sabak Bernam di Pentas Utama Bagan Terap, Sabak Bernam pada 19 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ikon Agro Selangor diumum selepas Aidilfitri, RM30,000 menanti tiga pemenang

SABAK BERNAM, 20 MAC: Pemenang bagi Ikon Agro Selangor 2022 edisi ketiga akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata seramai tiga pemenang akan dipilih dengan masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM10,000.

“Kita jadualkan pengumuman dibuat ketika program Selangor Agro Fest 2023 Mac tetapi ditangguh susulan masih ada beberapa peserta sedang dalam proses membuat penggambaran video pendek.

“Selepas ini kita akan meneliti video yang menarik dan menepati kriteria akan dipilih sebagai pemenang. Selamat berjaya kepada pesertam semoga mereka dapat buat yang terbaik,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah Kita Selangor Penyayang peringkat daerah Sabak Bernam di Bagan Terap, Sungai Besar di sini, semalam.

Seramai 10 usahawan agro daripada 23 penyertaan disenarai pendek sebagai calon Ikon Agro Selangor 2022 edisi ketiga.

Lima kategori dipertandingkan iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta peralatan tani.

Penganjuran pertandingan berkenaan bertujuan menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam sektor pertanian.


Pengarang :