Ibu bapa membuat pengesahan maklumat anak yang menerima bantuan kembali ke sekolah pada sesi pendaftaran sempena program Back To Shool -Selangor Prihatin di Dewan MPKS Saujana Utama Sungai Buloh pada 19 Mac 2023. Foto Pejabat DUN Paya Jaras
ADNSELANGOR

Lebih 1,000 pelajar B40 DUN Paya Jaras terima bantuan kembali ke sekolah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 MAC: Lebih 1,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menerima bantuan persekolahan di Dewan MPKS Saujana Utama, semalam.

Wakil rakyatnya Mohd Khairuddin Othman berkata baucar RM100 sempena program Kembali Ke Sekolah – Selangor Prihatin fasa kedua bertujuan meringankan beban ibu bapa.

“Fasa kedua hari ini (semalam) kita agihkan bagi membantu anak-anak keluarga B40 buat persediaan sesi persekolahan yang akan bermula esok (hari ini)

“Sebelum ini, Kita sudah agihkan kira-kira 800 baucar menerusi fasa pertama di tapak parkir Econsave Sungai Buloh. Sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi menjayakan program berkenaan,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :