Pekerja kontraktor landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya giat membuang pokok kiambang yang memenuhi Tasik Bandaran di Kelana Jaya pada 28 Februari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ giat buang pokok kiambang, keladi bunting dua tasik di Kelana Jaya

Oleh Azian Aziz

PETALING JAYA, 28 FEB : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) giat menjalankan kerja membuang pokok kiambang dan keladi bunting di dua tasik di Kelana Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata kerja pembersihan di Tasik Komuniti berhampiran bangunan Glomac dan Tasik Bandaran berdekatan Stadium MBPJ sebagai langkah mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Jika dilihat daripada jauh, dua tasik tersebut kelihatan seperti sebuah padang baru yang cantik namun sebenarnya sangat berbahaya.

Pekerja kontraktor landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya giat membuang pokok kiambang yang memenuhi Tasik Bandaran di Kelana Jaya pada 28 Februari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI

“Kita bimbang perkara tidak diingini berlaku terutama kepada kanak-kanak jika bermain berhampiran tasik tersebut,” kata Mohamad Azhan Md Amir kepada Selangorkini.

Beliau berkata kerja pembersihan pokok keladi bunting di Tasik Komuniti siap 90 peratus manakala Tasik Bandaran yang dipenuhi pokok kiambang baru dibersihkan beberapa hari lalu.

“Kita mengesyaki pembiakan pokok ini akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang membuang ikan bersama air akuarium yang mengandungi pokok kiambang atau keladi bunting,” katanya.

Tambah Mohamad Azhan, selepas kerja pembersihan selesai pihaknya akan memasang papan tanda amaran dan kamera litar tertutup sebagai langkah keselamatan.


Pengarang :