Kiosk di Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya yang siap ditambah sengkuap untuk kemudahan peniaga dan pengunjung. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

Penuhi permintaan peniaga, MPAJ pasang sengkuap pada kiosk medan selera

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selesai memasang sengkuap (awning) pada kiosk di Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya.

Kerja naik taraf tersebut melibatkan enam gerai sedia ada bagi melindungi peniaga serta pengunjung khususnya ketika hujan.

“Prihatin atas permintaan peniaga, MPAJ telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan bumbung pada kiosk dan siap sepenuhnya pada 14 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan.

MPAJ turut merancang untuk menambah meja dan kerusi dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan peniaga dan pengunjung.

Sebarang cadangan penambahbaikan boleh disalur melalui pautan https://mpaj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Medan selera baharu yang terletak di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya itu mula beroperasi dan dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Januari lalu.


Pengarang :