Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada 17 Mac 2023. Turut sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM: Tindakan tegas jika guna sentimen kaum, agama gugat keselamatan negara

SHAH ALAM, 17 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengadu domba dengan memainkan sentimen kaum dan agama.

Menegaskan Malaysia harus kekal harmoni, beliau berkata perbuatan tersebut tidak diizin dan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap usaha mengganggu gugat keselamatan negara.

“Sebarang usaha oleh sesiapa pun yang cuba mengadu domba, menghangatkan suhu kaum dan agama di negara ini tidak akan diizinkan.

“Saya telah arah pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang terdesak atau rasa tercabar akan guna sentimen ini dan rakyat miskin akan diupah untuk timbulkan apa jua kekacauan,” katanya dalam sidang media tengah hari ini

Anwar ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini berkata ada usaha pihak tertentu yang kehilangan kuasa meniupkan sentimen kaum dan agama.

“Sekiranya tindakan itu melampau, mengganggu gugat (keselamatan negara), pihak keselamatan akan keras dan tegas bertindak,” katanya

Beliau juga menjelaskan sebarang isu melibatkan sensitiviti kaum dan agama harus diatasi menerusi proses rundingan, bukannya menimbulkan perseteruan atau prasangka.


Pengarang :