Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni kanak-kanak kurang upaya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh di Segamat Johor pada 5 Mac 2023. Turut bersama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Bah Johor: Lebih 16,000 ketua isi rumah terjejas terima bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 16,167 ketua isi rumah yang terjejas bah di Johor sudah menerima bantuan wang ehsan RM1,000 daripada kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta daripada Kementerian Kewangan dan beberapa projek pascabanjir dinegeri itu turut disegerakan.

“Setakat ini 16,167 ketua isi rumah telah menerima RM1,000 bantuan wang ehsan daripada kerajaan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

“Ada peruntukan tambahan RM150 juta daripada Kementerian Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara juga telah turun dan mengenal pasti beberapa projek pascabanjir bersama Menteri Besar serta Kerajaan Negeri Johor.”

Cakna dengan beban yang dipikul mangsa bah sangat besar, Anwar menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan sukarelawan daripada pelbagai jabatan untuk turun membantu program pascabanjir.

 

 


Pengarang :