Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Program tuisyen negeri disertai 50,000 pelajar, bantu hadapi SPM

HULU LANGAT, 4 MAC: Hampir 50,000 pelajar tingkatan empat dan lima menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dato’ Menteri Besar berkata pelajar terdiri dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah serta dikenal pasti berisiko gagal berdasarkan keputusan peperiksaan yang diduduki ketika tingkatan tiga dan empat.

“Mereka ini tidak berkemampuan membayar kelas tambahan. Jadi mereka diberi kelas tambahan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, english, matematik, sejarah dan sains.

“Menerusi peruntukan lebih RM6 juta ini, kita turut menambah pendapatan guru yang mengajar dengar bayaran elaun,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Jelajah Kita Selangor Penyayang Hulu Langat hari ini.

Amirudin berkata mulai tahun lalu Kerajaan Negeri turut membiaya kos makan tengah hari pelajar demi memastikan keselesaan mereka.

“Dulu kita ada sekitar 5,000 hingga 6,000 pelajar sahaja. Kemudian kita tambah antara 10,000 hingga 20,000 pelajar. Kita mahu bantu rakyat dari perkara pokok,” katanya.

Tahun lalu Kerajaan Selangor memperuntukkan RM7 juta untuk menjayakan PTRS. Program itu diperkenal secara dalam talian bagi membantu pelajar ketika pandemik melanda negara.


Pengarang :