Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim (baris kedua, tengah) ketika menyampai baucar minyak RM50 kepada penghantar makanan dalam program Prihatin Ramadan Foodrider di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor Sabtu lalu. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli.
ADNSELANGOR

100 penghantar makanan di Bukit Melawati terima baucar minyak RM50

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 100 penghantar makanan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima baucar minyak RM50 pada program Prihatin Ramadan Foodrider.

Wakil rakyatnya berkata insentf itu ditawar kepada pekerja p-panggilan yang mengundi di DUN berkenaan selain mempunyai lesen B2 serta berdaftar secara sah.

Menurut Juwairiya Zulkifli, bantuan itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan khususnya ketika Ramadan.

“Ini merupakan program julung kali diadakan dan saya bersyukur dapat menyantuni rakan-rakan penghantar makanan yang gigih mencari rezeki walau pelbagai cabaran dihadapi.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Bryan Ng Yih Miin yang banyak membantu menjayakan program ini dan pasukan PeBS (Penggerak Belia Selangor) DUN Bukit Melawati,” katanya di Facebook.

Penyampaian baucar disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim pada program di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor Sabtu lalu.


Pengarang :