Sebahagian pempengaruh TikTok dan pengamal media melawat sekitar kawasan Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor ketika program lawatan dan Iftar Ramadan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 15 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

250 pempengaruh, pengamal media meriahkan program PKPS di Selangor Fruit Valley

OLEH DIANA ABD WAHAB

KUALA SELANGOR, 16 APRIL: Lebih 250 pempengaruh TikTok dan pengamal media menyertai program lawatan dan berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), semalam.

Program diadakan buat julung kali di Selangor Fruit Valley di sini memberi peluang kumpulan berkaitan menikmati aktiviti menarik disediakan di kawasan berkenaan.

Menerusi lawatan hampir dua jam di ladang seluas lebih 1,000 hektar tetamu berpeluang menghayati pemandangan indah dan udara segar dengan menaiki tram.

Mereka dapat merasai sendiri pengalaman memetik buah jambu batu dan menghasilkan telur masin yang boleh dibawa pulang di pusat agropelancongan tersebut.

Selain itu jemputan turut berpeluang melawat taman arnab dan menaiki bot di Jeti.

PKPS turut menyediakan 1,000 kilogram durian Musang King dan pertunjukan bunga api pada majlis berbuka puasa untuk dinikmati tetamu.


Pengarang :