Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (lima, kanan) bersama penerima bantuan makanan berkhasiat Anak Selangor Anak Sihat (ASAS). Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNSELANGOR

43 kanak-kanak DUN Bukit Melawati terima bantuan makanan berkhasiat

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 43 kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima bantuan makanan berkhasiat menerusi program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata program bermula Disember tahun lalu membabitkan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dengan setiap penerima dipantau selama enam bulan.

“Mereka dipantau sepanjang enam bulan dengan pemberian makanan tambahan bernutrisi seperti susu, bijirin, biskut dan vitamin.

“Ini merupakan salah satu program bagi memastikan anak-anak Selangor mendapat nutrisi lengkap dalam proses tumbesaran dan mencegah daripada terbantut perkembangan otak dan fizikal,” katanya di Facebook.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini memaklumkan seramai 2,800 kanak-kanak bakal menerima manfaat tersebut tahun ini dengan peruntukan RM500,000.

 


Pengarang :