AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, Putrajaya, lima daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 14 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda lima daerah di Selangor hingga 7 malam.

Menerusi kenyataan di Facebook, daerah tersebut ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang

Cuaca sama juga diramal melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :