Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 26 APRIL: Semua daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir dan lebat hujan sehingga jam 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan dan Terengganu.

Amaran sama dikeluarkan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :