AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Hulu Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda daerah Hulu Selangor hingga 1 pagi.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung) dan Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh).

Amaran Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :