Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri (kiri) menyerahkan hamper raya dan lampin pakai buang dewasa ketika menziarah pesakit terlantar sempena program Raya Konfiden di Flat Sri Bahtera Bandar Armada Putra, Pulau Indah pada 13 April 2023. Foto Facebook AZMIZAN ZAMAN HURI
ADNSELANGOR

DUN Pelabuhan Klang, pihak swasta anjur program raya ceriakan penduduk

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menganjurkan program Raya Konfiden di Flat Sri Bahtera Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Khamis lalu.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata program dianjur dengan kerjasama Certainty Malaysia itu mengedarkan kira-kira 1,500 burger kepada penduduk sebagai juadah berbuka puasa.

“Kami juga berkesempatan menziarahi beberapa pesakit terlantar dan menyampaikan sedikit sumbangan hamper raya serta lampin pakai buang dewasa ditaja syarikat itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan semua kakitangan Certainty Malaysia kerana sudi bekerjasama menganjurkan program kebajikan sempena Ramadan di DUN Pelabuhan Klang,” katanya menerusi Facebook.

Azmizam turut merakamkan penghargaan untuk ahli jawatankuasa penduduk yang turut bekerjasama bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.


Pengarang :