AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 1 APRIL: Enam daerah di Selangor,  Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan enam daerah terlibat ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di  Pahang, Negeri Sembilan, Johor selain beberapa bahagian di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum agensi itu melalui Facebook.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :